Sunday, October 31, 2010

Hati yang indah..............


Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,
Sentiasalah melaraskan kedudukan hati kalian di landasan iman dan taqwa;
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram". (QS AR-R'ad:28)
HATI..., sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.
Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.

Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.
Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;
  1. Takutkan kemasyhuran. Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah". Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?". Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".
  2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.
  3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
  4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.
  5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.
  6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
  7. Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
  8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.
  9. Sabar di sepanjang jalan hidup.
  10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
  11. Menghindari ujub dan bangga diri.
  12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.
Wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki,
Isi masamu memperkemas dan memantapkan keikhlasan;
  1. Ilmu yang mendalam berkaitan pebinaan ikhlas dan praktiknya.
  2. Bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas.
  3. Membaca sejarah orang-orang yang mukhlis.
  4. Mujahadah melawan nafsu.
  5. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

Merenungi hakikat ikhlas ini, membuat diri kita merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Kadangkala di sepanjang jalan hidup kita terasa seperti tercampak dan terbuang.  Namun sedarilah alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asal saja kita mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Pasti akan Allah permudahkan segala urusan kita dalam apa jua keadaan. Justru itu, sepenuh hati kita mesti diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar. Akan terasalah nanti betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati.
Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya...
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".
Wassalam. 
sumber: ummu-anas.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

kisah AL-QURAN sebagai hantaran.........

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Wednesday, October 6, 2010

Maksud InsyaAllah yang sebenar



InsyaAllah. satu istilah yang cukup terkenal yg slalu digunakan oleh kite orang melayu. mmg cukup terkenal.

Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji. dlm bahasa omputehnya ialah "with god's will".

slalunye apebila kite berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata "insyaallah" bagi memberi faham si penerima janji itu bahawa janji itu konfirm akan terjadi dengan keizinan Allah swt.

maksud "InsyaAllah" dlm masyarakat melayu selalunya bererti:

"tengok ah dulu.. "
"aku 50-50 la"
yela-yela (slalunya digunakan untuk melepaskan diri)
"bergantung kat tuhan samada ade die nak aku pikir ye atau tidak..."
"tengok ah camner kalau sempat"
"aku malas laa smenanye"
"papejela"
" tak janji laa aku "
" tgk ah kalau aku rajin"
penyalahgunaan istilah ini telah menjadi begitu ketara sehinggakan jika istilah "insyaallah" itu digunakan ia masih lagi sesuatu pernyataan yang samar-samar dan tidak muktamad. dapat difahami disini penggunaan istilah ini slalunya digunakan utk melepaskan diri, untuk bagi orang yang mahu kita berjanji itu tidak sakit hati atau merajuk semasa menuntut janji kita.

maksud sebenar istilah ini dalam konteks berjanji ialah apa yang dijanji MELAINKAN jika ia dihalang atau dibatalkan oleh Allah swt.

ini dapat dikaitkan dengan satu frasa yg juga cukup populer dikalangan org melayu apabila sesuatu benda itu terjadi

"alaa.. nak buat camner. kau bukan tuhan pon. kita merancang je. hanye tuhan je yang menentukan. dah nak buat camner kan"

ini adlah tnggapan yang salah....

"katakanlah suatu keadaan dimana Hafsham menjemput Iskandar untuk menghadiri ke majlis kenduri kahwinnya. kite ikuti perbualan mereka."

hafsham: Is, jemput ah datang ke wedding aku sabtu ni..

Iskandar: wei! brani kau datang jumpe aku yer?

Hafsham: apsal tak brani pulak? kan aku datang pasal bende baik ni. nak mendirikan masjid.

Iskandar:aku malas ah nak pergi. buat sakit hati aku je. kau pon tahu kite dah lame berkawan. sejak kite lahir lagi, mak aku dah jadi neighbour mak kau dalam hospital mase lahirkan kite. katil sebelah sebelah.

Hafsham: ye la. aku kenal kau dari kau kecik lagi. habis tu? ape masalahnye? bukan aku kawen ngn kekasih hati kau pon, bukannye aku kahwen dgn Noni AF5 yang kau sibok Afundi tu pon?

Iskandar: kau jgn buat tak faham sham. kite dah kenal lame. sampaikan Friendster pon kite kongsi satu akaun. kite berkawan baek, sama sedarjah. belajar bersama... maen bersama.hey, hey, hey..

hafsham: ape maksod kau ni? adekah kau menyintai aku Is?

iskandar: kepale hotak kau!

Hafsham: habis tu.. ape Is? ape? Ape yang u nak dari I?

Iskandar: kau jgn nak ber I U, I U ngn aku. nak muntah aku!

Hafsham: habis tu Is. ape yang Is nak dari Sham? Sham bingung Is, Sham bingung!!!ngung!ngung!ung! (suare bergema sebab dialog ni kat atas bukit)

Iskandar: eh mamat ni, ade jugak aku choke slam jap lagi. Yang kau nak pegi kahwen dengan mak aku tu apsal? haa?!! xde pompuan lain ke? tak sanggup aku jadi anak kau!!

Hafsham: nak buat camner? bende nak jadi. hehehehe. maknenye kau datang ke tak ni ke kenduri kahwen mak kau ni?

Iskandar: Insyaallah.

Hafsham: from that day u can call me papa Sham.heh heh heh



Insyaallah di sini bermaksud. iskandar akan datang ke perkahwinan kawan baiknye dan juge perkahwinan emaknya melainkan...:

tibe2 berlaku tsunami yg habis meranapkan kenduri kahwen itu walaupon ia terletak jauh gile dari pantai.
kaki iskandar tibe2 kudung
iskandar tibe2 jadi gile dan sawan tapir mase nak pegi kenduri tu
hujan ribut petir yg membahayakan nyawa
taufan
letusan gunung brapi.

maknenye isnyaallah itu bermaksud.. diri kite sendiri, kite brani nak cakap yng mmg kite pergi, cume yang tentukan adalah Allah Swt.

walaubagaimanapon penggunaan istilah ini walaupon ingin menyampaikan makna dan erti yang betol, ia bergantung kepada keadaan dan situasi untuk menggunakannnya.

Situasi yang salah untuk menggunakan istilah ini.
"Insyaallah malam ni pukul 11.30 ok guys? see you at Zouk. we gonna party!!"

"insyallah aku akan mencube yang terbaik untuk meniru dalam perperiksaan final exam ini"

gunekan istilah ini dengan bijak. kite menggunakan nama Allah Swt. jgn nak buat main2